“Balqis, bangun”
Humaira memandang Balqis yang masih lagi
tidur. Dia benar benar risau akan sahabatnya yang tidak makan dari pagi. Jam
menunjukkan pukul 2.30 petang. Kebetulan Balqis tidak ada kuliah pada waktu
itu. Jadi dia menghabiskan masanya dengan berbaring sahaja di atas katil.
Humaira membetulkan tudung yang sedikit
bergelembung di sekitar mukanya. Tudung bawal 60 berwarna merah jambu itu
dihadiahkan oleh Kak Intan. Dia menerimanya dengan perasaan yang sungguh teruja.
Humaira tersenyum tatkala terbayangkan Kak Intan yang sentiasa berwajah manis.
Dia sangat menghargai pemberian ini.
Sejurus membetulkan dirinya di hadapan
cermin, dia mendekati Balqis lalu menggerakkan tubuhnya itu.
“Qis, bangun lah makan. Aku dah belikan
nasi ayam favourite kau”
“Hmm yelah japgi aku makan, kau pergi lah
class dulu”
Balqis menjawab di sebalik selimut. Dia
tidak mempamerkan wajahnya, hanya suaranya sahaja kedengaran.
Humaira tahu Balqis sedih akan apa yang berlaku.
Projeknya gagal dan dia harus membuatnya semula. Oleh sebab itu Balqis
tidak ceria seperti biasa. Dia banyak bersendiri dua hari ini kerana terlalu
kecewa dengan komen pensyarah yang tidak berpuas hati dengan projek berkumpulan
itu. Humaira benar benar memahaminya.
“Sudahlah qis.. Yang lepas biarlah lepas.
Ada hikmah kenapa projek tu tak lulus. Mungkin Allah sedang menguji kau. Jangan
putus asa, masih ada masa lagi. Aku tolong kau okay, jangan sedih sedih.
Banyakkan istighfar dan berdoa. Minta pertolongan dari Allah. In shaa Allah,
Allah akan bantu kau nanti. Aku tau kau kuat, Balqis yang aku kenal takkan
mengalah dengan mudah”
Tiada sebarang jawapan dari Balqis.
“Tak mengapalah qis. Aku pergi class dulu
ya. Jangan lupa makan”
Humaira menepuk lengan Balqis dengan
perlahan lalu mengambil beg untuk pergi ke kuliah. Sempat dia melihat dirinya
di cermin untuk memastikan penampilannya sentiasa kemas. Seorang muslim perlulah
sentiasa menjaga kebersihan luaran dan dalaman. Itu lah prinsip yang Humaira
pegang sehingga bergelar mahasiswa.
Sambil Humaira berjalan ke dewan kuliah,
sempat juga dia menegur beberapa rakan dari fakulti lain ketika terserempak
dengan mereka. Tiba- tiba, telefon bimbit di dalam begnya bergetar. Satu mesej whatsapp masuk beberapa saat yang lalu.
Balqis.
‘In shaa Allah aku kuat lepas ni. Terima
kasih mai, kau memang sahabat aku. By the way.. nasi ayam ni memang sedap.
Hehe’
Tergelak kecil Humaira membacanya.
Alhamdulillah, Balqis kembali ceria. Mungkin tak seceria sebelum ini, tetapi
cukuplah dapat menghilangkan sedikit kekecewaan yang melanda dirinya. Kau
memang kuat, Balqis.
*******
Seperti biasa, hujung minggu pasti akan ada
perjumpaan smart circle. Humaira
sentiasa menantikan waktu itu. Tidak sabar rasanya untuk mencedok nasihat dan
pengisian yang diberikan oleh mentornya. Bagi Humaira, ini lah salah satu cara
untuk dia berubah menjadi seseorang yang lebih baik selain daripada majlis ilmu
dan menelaah kitab.
Humaira dan Balqis sama- sama bersiap
seawal 9 pagi. Namun, Balqis kelihatan lebih cantik daripada biasa. Dia melilit
shawl labuh berwarna cream dengan kemas. Sedikit make up dikenakan pada wajahnya yang
cantik semulajadi itu.
“Qis, kau nak pergi mana ni? Nak jumpa
kawan kawan usrah je kan”
Humaira bertanya sambil menyarungkan sarung
lengan. Raut di wajahnya sedikit hairan.
“Eh aku tak bagitau kau lagi eh? Aku tak
jadi pergi usrah. Ada hal kejap”
“Hal apa pulak. Busy betul kau lately ni”
“Haha macam biasalah. Kirim salam kt kak
Intan ya. Aku dah mesej dia tadi”
Humaira tidak mahu mencampuri urusannya.
Balqis memang selalu tiada di bilik sejak kebelakangan ini kerana banyak
berjumpa kawan kawan sekelas untuk menyiapkan projek mereka itu. Kemudian,
Balqis menyarung stoking lalu keluar dari bilik dengan pantas. Walaupun
mengejar waktu, dia tidak pernah mengabaikan auratnya. Cukup sempurna tertutup.
“Bye mai. Petang ni aku balik. Jangan rindu
aku tau. Assalamualaikum”
Humaira tersenyum. Bahagia terasa apabila
melihat wajahnya ceria seperti biasa. Moga projek Balqis kali ini berjaya.
Humaira tidak sanggup melihatnya berselubung dalam selimut lagi. Cukup lah
sekali sahaja.
“Waalaikumussalam. Bittaufiq wannajah”
Balas Humaira dengan nada perlahan lalu
segera menuju ke surau muslimat yang terletak di sebelah kafe Permai.
*******
“Baiklah. Hari ni kita ada ahli baru. Adik,
minta perkenalkan diri”
“Assalamualaikum. Nama Nur Yusra Athirah
binti Zamri. Boleh panggil Yusra. Dari fakulti senibina tahun 1. Mohon semua
dapat beri tunjuk ajar pada saya”
Semua yang hadir ketika itu berasa teruja
dengan kehadirannya. Bukan mudah untuk berjumpa dengan pelajar senibina
memandangkan kuantiti mereka sedikit sekali di kampus berbanding yang lain.
Walaupun yusra bukanlah seorang muslimah bertudung labuh sepertinya, tetapi
kegigihannya untuk menyertai smart circle
benar benar mengagumkan Humaira. Dia juga seorang yang sopan dan menjaga
tutur katanya.
“Alhamdulillah. Moga kita semua dapat
menjadi sahabat walau terdapat pelbagai latar belakang kita di sini. Hari ni
kita akan masuk tajuk aurat ya”
Kak Intan memulakan bicara hikmahnya dengan
sepotong ayat dari al- Quran,
“Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan
wanita-wanita (keluarga) orang-orang mukmin, agar mereka mengulurkan atas diri
mereka (ke seluruh tubuh mereka) jilbab mereka. Hal itu menjadikan mereka lebih
mudah dikenal (sebagai para wanita muslimah yang terhormat dan merdeka)
sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah senantiasa Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (Al-Ahzab, ayat: 59)
Ayat ini menjelaskan bahawa semua muslimat wajib menutup aurat dan
memelihara perhiasan dengan melabuhkan tudung sehingga menutupi dada. Islam
mensyariatkan kita supaya menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak
tangan. Jadi, kaki dan lengan juga aurat. Sebab itu kita kena pakai stoking dan
handsock supaya dapat menjaga perhiasan kita sebaik- baiknya. Islam itu indah,
jadi jagalah keindahan itu dengan menjaga maruah diri sebagai seorang muslimah”
Kak Intan meneruskan kata- katanya sehingga
akhir. Walaupun ringkas sahaja pengisian Kak Intan, tetapi penuh dan padat
sekali dengan pengajaran. Humaira dan sahabat- sahabat lain mengangguk tanda
faham dan bersetuju. Ada sebahagian daripada mereka mencatat apa yang
disampaikan termasuk Humaira dan Yusra.
“Baiklah. Ada apa- apa soalan? In shaa
Allah akak akan cuba membantu”
Tiada respons yang diberikan memandangkan
semua sudah faham tentang hal itu. Tiba- tiba, salah seorang yang berada dalam
bulatan itu mengangkat tangan lalu mengajukan soalan. Yusra athirah.
“Saya nak tanya. Wajib ke kita pakai tudung
labuh. Maksud saya, macam akak akak pakai sekarang. Maaf, bukan saya ingin
mengkritik. Saya cuma ingin tahu. Kenapa pelajar yang bukan aliran agama juga
memakai tudung labuh. Biasanya yang belajar agama sahaja bertundung labuh.
Boleh jelaskan”
Yusra bertanya dengan pelik. Kak Intan
tersenyum mendengar soalannya. Wajahnya tetap tenang seperti biasa.
“Terima kasih Yusra kerana bertanya. Soalan yang sangat baik. Macam ni
lah, jika berbalik pada hukum. Perempuan wajib memakai hijab sehingga menutupi
dadanya. Itu sahaja. Jadi tidak salah untuk pakai tudung apa pun, asalkan
menutup aurat. Tetapi kenapa ada yang memilih untuk memakai tudung labuh
walaupun dia bukan pelajar aliran agama? Banyak hikmahnya. Antara sebabnya adalah
untuk menjadi perisai dari gangguan lelaki. Kebiasaannya, lelaki tidak akan
berani untuk mengganggu perempuan yang berpenampilan sebegitu, lagi lagi yang
menutupi wajah. Pasti mereka akan berfikir 10 kali untuk menegur kita. Bukan
itu saja, tudung labuh juga dapat mendidik akhlak kita. Cuba bayangkan, bila
kita bertudung labuh. Adakah kita berani untuk berbuat maksiat depan
masyarakat? Sudah semestinya tidak. Kerana orang yang normal pasti akan malu
jika imejnya tercalar.
Namun harus diingat. Pakaian bukanlah lambang ketaqwaan. Tak semestinya
bertudung labuh itu alim. Keimanan semua terletak pada hati. Hanya Allah SWT
sahaja yang mengetahui apa yang tersirat di dalam hati kita. Sama ada kita
ikhlas atau tidak, wallahu’alam”
Yusra mengangguk dengan laju. Ternyata dia
seakan berminat untuk bertudung labuh. Mungkin dia tidak bersedia lagi. Jika
dilihat dengan penampilannya sekarang, Yusra sudah cukup menjaga auratnya
dengan baik. Dia juga tidak lupa untuk memakai stoking dan handsock. Cuma
Humaira berharap suatu hari nanti Yusra juga akan berpakaian seperti sahabat
yang lain. Bertudung labuh bidang 60. Pasti cantik dan bertambah ayu bila hijab
sebegitu dikenakan padanya. Humaira tersenyum secara spontan tatkala
terbayangkannya. Mujur tiada siapa yang nampak.
Setelah sejam berlalu, Smart circle itu diakhiri dengan doa Rabithah.
‘Ya Allah, engkau mengetahui hati- hati ini,
Telah berkumpul kerana kasihkan Mu,
Bertemu dan patuh pada Mu,
Bersatu memikul dakwah Mu,
Hati- hati ini telah berjanji setia,
Mendaulat dan menyokong syariat Mu,
Maka eratkanlah akan ikatannya,
Kekalkan kemesraan hati ini,
Tunjukkan ia jalan yang sebenar,
Limpahkan dengan cahaya Rabbani Mu,
Yang tak pernah padam dan lapangkan dengan iman.
Setiap kali
dihayati doa itu, hati Humaira terasa begitu syahdu. Dia amat sukakannya.
Sungguh, doa itu penuh bermakna buat dirinya.
*******
Perut Humaira berbunyi dengan kuat. Seakan-
akan sedang menyanyikan sebuah lagu.
‘Ah, laparnya’
Ingin sahaja dia menelefon Balqis supaya
membelikan makanan untuknya, tetapi dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu.
Apatah lagi Balqis sedang sibuk menyiapkan projek yang masih lagi belum selesai,
sudah pasti dia akan balik lewat sedikit. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 5
petang. Humaira bercadang untuk turun membeli makanan. Dia sudah tidak tahan
lagi dengan kelaparan itu. Stok Maggie pula sudah kehabisan. Keluhnya.
Humaira memakai baju muslimah dan tudung
sarung hitam yang labuh. Tujuannya untuk ke kafe sahaja, jadi tidak perlu
baginya untuk bersiap dengan cantik seperti ke kelas. Cukuplah dengan kelihatan
kemas dan tidak selekeh.
Humaira tiba di kafe. Bau makanan dan
hidangan di situ sungguh mencabar nafsunya. Sedang asyik Humaira memilih makanan
untuk menjadi santapannya sebentar lagi, secara tidak sengaja dia terpandang
susuk tubuh seorang perempuan yang amat dikenalinya dari belakang. Wanita itu
sedang berdiri di sudut kafe. Kelihatan dia sedang bercakap dengan seorang
lelaki di hadapannya. Dia tidak dapat mengenalpasti wajah perempuan itu, tetapi
wajah lelaki itu jelas di matanya. Ya, dia pernah terjumpa lelaki itu. Tetapi
di mana? Puas Humaira memikirkannya.
Namun ada yang lebih merunsingkan
fikirannya. Humaira memerhati perempuan itu dengan teliti dari jauh. Seperti
dikenali. Tiba- tiba raut wajahnya berubah. Dia benar- benar terkejut.
Balqis kah? Tidak mungkin!
Matanya tidak menafikannya. Humaira kenal
sungguh fizikal Balqis dari depan dan belakang. Tiba- tiba perempuan itu
memandang ke arah tempatnya. Sah itu Balqis! Mengapa dia berdua dengan seorang
lelaki?
‘Mungkin itu groupmate dia, ada kerja yang
perlu dibincangkan’
Humaira bersangka baik. Dia tidak mahu
menuduh yang bukan bukan pada saudara seislamnya itu. Apa yang dilihat tidak
semestinya benar. Mungkin ada perkara yang tidak diketahui Humaira.
“Dik, nak makan apa? Ramai lagi yang tunggu
tu”
Humaira tersentak dengan sapaan makcik. Dia
mengalihkan pandangan semula pada makanan dan mengambil dengan cepat. Humaira
berasa malu dengan beberapa siswi yang sedang menunggu giliran mereka untuk
mengambil lauk. Ada yang memandangnya sinis.
“Maaf makcik. Dah siap, berapa ya?”
“Rm4.00”
“Ok. Makcik ambil sahaja bakinya”
Humaira senyum lalu menghulurkan satu
keping not duit berwarna hijau kepada makcik itu. Setelah itu dia pulang ke
bilik dengan pantas. Dia tidak mahu Balqis melihatnya di situ. Cukuplah dia
sahaja yang melihatnya.
Balqis. Apa yang berlaku?
*******
Malam itu Humaira tidak banyak bercakap.
Dia tekun membaca buku novel yang bertajuk
Akhi karya Inche Gabbana. Buku itu menarik minatnya. Indah sunggu kisah
persahabatan yang diceritakan dalam novel tersebut. Namun, sesekali Humaira
berasa pening. Bukan pening yang biasa, tetapi amat sukar untuk dijelaskan.
Kadang kadang pandangannya menjadi kabur secara tiba- tiba, seolah- olah ingin
pitam. Apabila tidak tahan dengan sakitnya itu, dia menutup buku lalu
merebahkan badan di katil. Sebelum ini dia pernah juga merasakan hal yang sama.
Humaira sendiri pun tidak tahu apa puncanya.
Balqis masuk ke dalam bilik sejurus selesai
menelefon ibunya yang berada di Turki. Hairan juga Balqis melihat teman sebiliknya
yang tadinya membaca buku, tiba- tiba terbaring menekup wajah dengan sebelah
lengan.
“Kau okay tak mai?”
“Okay je, cuma pening sedikit”
“Dah makan panadol?”
“Dah. Jangan risau lah, ni dah ok sikit”
“Mestilah risau. Kau kan sahabat aku. Jaga
kesihatan baik baik mai. Ni coklat cadburry untuk kau”
Balqis mengambil coklat dari dalam laci
mejanya dan meletakkannya di sebelah Humaira.
“Aku beli perisa yang kau suka. Black
forest”
Humaira bangun lalu meneliti coklat itu.
Dia tersenyum lebar. Sememangnya sudah lama dia mengidamkan coklat tersebut.
Bukan dia tidak mahu membeli, cuma jadual yang padat menghalangnya untuk
singgah di koperasi. Pandai sungguh Balqis mengambil hatinya ketika sakit.
“Terima kasih qis. Kau memang…”
“Baik. Tau dah”
Kedua- duanya tergelak dengan serta mata.
Balqis pakar dalam menceriakan suasana. Alangkah sedihnya jika mereka terpaksa
berpisah. Tiada senda gurau, tiada kasih sayang sebagai seorang sahabat.
Humaira benar benar sayangkan Balqis.
Tiba- tiba, Humaira teringat akan peristiwa
petang tadi. Melihatkan Balqis yang sedang dalam mood yang baik, Humaira ingin mengambil peluang untuk bertanyakan
soalan yang terbuku di mindanya.
“Balqis…. Maaf kalau aku sibuk urusan kau.
Aku nak tanya sikit, kau jumpa siapa petang tadi?”
“Maksud kau?” Air muka Balqis serta- merta
berubah. Seakan- akan terkejut dengan pertanyaan itu.
“Lelaki itu. Aku ternampak di kafe”
“Oh, Zaid ke…? Emmm dia classmates aku.
Tadi kami bincang tentang presentation next week. Itu sahaja”
Balqis menjawabnya. Namun, agak perlahan
suaranya. Dia langsung tidak memandang wajah Humaira dan sibuk menaip sesuatu
di telefon. Tiada lagi senyuman di wajah. Mungkin ada masalah dengan projeknya
itu.
Humaira sekadar mengangguk. Dia serba salah
kerana berfikiran negatif akan sahabatnya itu. Balqis berasal dari sekolah
agama dan sangat pandai menjaga diri. Jauh sekali bezanya dengan Humaira. Dia
kerap menasihati Humaira supaya menjaga ikhtilat ketika mula- mula berkenalan.
Humaira bersyukur kerana Allah hadiahkan seorang sahabat untuk membimbingnya.
Jika tidak kerana Balqis, mungkin Humaira akan terjerumus dengan gejala
‘couple’ dahulu.
Ah, dia tidak mahu mengingat kembali!
Sungguh Humaira berasa kesal dengan apa
yang dilakukan. Mungkin sebab itu, dia begitu risau apabila melihat orang yang
dia sayang mendekati lelaki ajnabi. Dia tidak mahu Balqis merasa cinta palsu
yang bakal memakan diri. Baginya, tiada cinta yang indah tercipta sebelum
berkahwin.
Kedua- dua sahabat itu mendiamkan diri.
Balqis duduk di meja belajar dan menyiapkan beberapa tugasan yang perlu
dihantar esok. Humaira pula masih terbaring di katil. Matanya terasa berat. Dia
menguap berkali- kali. Panadol yang ditelannya tadi benar- benar membuatkan
Humaira mengantuk yang amat. Perlahan- lahan matanya tertutup. Humaira tidak
lagi sedarkan diri dek kerana dibuai mimpi.
*******
Thanks ♥