Ujian bukan melemahkan, ia menguatkan.
Ujian bukan menjauhkan, ia mendekatkan.
Ujian mulanya kekecewaan, akhirnya adalah senyuman.
Besarnya pahala seseuai dengan besarnya ujian dan
cubaan. Sesungguhnya Allah SWT bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka.
Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannnya dan barangsiapa murka
maka baginya murka Allah. (HR Tirmidzi)
Tersenyumlah andai ujian datang menyapa, kerana itu
tanda Allah masih peduli dengan kita.
Humaira
menutup buku yang dibaca. Terasa hangat cecair yang mengalir di pipinya.
Rindunya Humaira pada Kak Intan. Jika dia masih ada, pasti Humaira akan meminta
nasihat daripadanya. Kata- kata hikmah yang meniti di bibir arwah sentiasa
meresap ke dalam jiwa.
Humaira
mengesat air mata lantas memandang di luar tingkap. Terbentang luas sawah padi
di kampungnya. Awan pula bergerak seolah- olah seiring dengannya. Subhanallah,
cantik! Lama sungguh dia tidak menjenguk di situ. Peperiksaan sudah berakhir,
maka statusnya bergelar alumni pun bermula. Kakak dan abang ipar yang
mengambilnya di kolej. Dan kini, dia sedang menuju ke rumah teres milik Hj.
Zainuddin.
‘Tak sabarnya
nak bermain dengan Arisya’
Nakalanya,
celotehnya.. benar- benar membuatkan Humaira rindu pada anak buahnya. Humaira
lalu tersenyum mengingatkan anak kecil yang tiada dosa itu. Moga si Arisya
dapat menghiburkan sedikit hatinya yang sedang bersedih.
*******
Cadar
ditukar, barang- barang disusun. Humaira bertungkus lumus membantu ibu mengemas
rumahnya. Sebentar lagi ada seseorang yang datang, seseorang yang istimewa!
Sudah pasti dia akan menyambut tetamu itu dengan persiapan yang terbaik.
Balqis dan
yusra.
Disebabkan
Humaira pun sudah tamatkan pelajarannya, jadi dia mengajak mereka untuk
menginap dia rumahnya. Kebetulan di kawasan rumah Humaira ada program yang
bakal dijalankan. Program mahabbah bersama anak- anak yatim. Alangkah terujanya
Humaira untuk bertemu kembali sahabat- sahabatnya itu di samping mengeratkan
silaturrahim.
“Assalamualaikum..”
Kedengaran
orang memberi salam dari luar.
‘Eh, takkan
dah sampai?’
Humaira
menjengukkan kepalanya dari tingkap. Dia hairan. Sepatutnya Balqis dan Yusra
tiba di kampungnya malam ini.
Ternyata
sangkaannya silap.
“Abang
iman..?? Eh abang? Bila sampai?”
Dia terkejut
melihat akan abangnya yang belajar di Mesir itu. Ummi kata abang akan balik
raya, tapi mengapa awal pula? Mungkin abang ada memaklumkan pada ummi semula,
tetapi dia yang tidak mengambil tahu. Tidak mengapalah, yang penting hatinya
terubat tatkala bersua dengan abang kandungnya yang sudah hampir setahun tidak
berjumpa.
“Masuklah
abang. Ummi ada di dapur”
Humaira
segera menyalam tangannya. Sesekali dia menatap wajah tenang abang iman, sejuk
sungguh. Mungkin cahaya hafalan 30 juzuknya memantulkan sinar yang sesiapa pun
terpukau. Metafora sungguh. Humaira tergelak sendiri.
Dia lantas
menyambung kerjanya menyapu sampah. Banyak lagi yang perlu diselesaikan.
Balqis,
Yusra. Entum bila lagi?
*******
Mereka bertiga berjalan di tepi sawah padi.
Terasa aman suasana pada petang itu. Balqis dan Yusra begitu teruja. Maklumlah,
mereka berdua berasal dari bandar. Sukar sekali bagi mereka untuk bertemu
pemandangan indah yang hanya ada di kampung ini.
Setelah penat berjalan, lalu Humaira,
Balqis dan Yusra pun melepaskan lelah di satu pondok yang berhampiran dengan
kedai makan. Tidak lah begitu jauh kerana mereka masih dapat menikmati sawah
padi.
“Kak Humaira, bagi lah pengisian. Kami
dahagakan nasihat dari akak”
Balqis membuat permintaan. Yang anehnya, mengapa
dia memanggil Humaira ‘kak’? Setahu Humaira, mereka sebaya. Yang muda di situ
hanyalah Yusra. Nakalnya tak habis- habis. Yusra hanya mampu gelak melihat
mereka berdua. Sudah 22 pun perangai masih sebegini.
“Ok in shaa Allah. Kita mulakan dengan
ummul kitab al- Fatihah”
Humaira memulakan usrah dengan bacaan
Fatihah. Sungguh, bagi mereka, di mana- mana sahaja pun bulatan kecil boleh
dibuat. Di taman, kedai kopi, sawah padi pun boleh. Bukan hanya di surau- surau
atau masjid sahaja. Yang penting nasihat itu dapat disampaikan.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar. (Al-‘Asr: ayat 1-3)
Humaira meneguk air sedikit sebelum memulakan bicara. Sesekali dia
berdehem membetulkan anak tekak. Lalu dia memulakan pengisian yang pernah
diberi oleh arwah Kak Intan sewaktu dia masih hidup.
Ukhuwah adalah cinta yg mengalir melalui keimanan…
Menguatkan, menjaga, memperbaiki, memberi, menghilangkan kelalaian &
saling mengingatkan...
Ukhuwah adalah telaga bagi batin yg merindukan kesejatian cinta, tempat
jiwa berlabuh untuk saling menguatkan, memberi & berbagi…
Didalamnya ada lantunan syahdu ketulusan untuk sahabat…
Ukhuwah itu seutuhnya tentang rindu, yang membuat selalu tak sabar untuk
bertemu, membuat merasa rugi jika tak berbagi, ini adalah tentang hati yang
terikat, tentang do'a-do'a yang saling bertaut, ia adalah tulus yang menjelma,
ia terasa rumit tuk diungkap namun nyata dalam kata sederhana, ia dalam tuk
diselami karena ia adalah Iman yang berupa Makna...
Biarkan ia tumbuh seperti benih yang tersemai dan bunga-bunga yang
bermekaran, bukan sekedar bahagia tetapi bersama meraih syurga...
Manisnya cinta Allah SWT mampu menyembuhkan luka, melegakan dahaga,
menghapus air mata, & menjanjikan pahala...
Ukhuwah ibarat satu janji yang dibuat dalam hati
Tak dapat dipisahkan oleh jarak
Tak akan pudar oleh waktu
Sedetik di mata selamanya di jiwa
“Semoga Allah senantiasa mengikat hati-hati kita, saling mendo'akan dan memberikan semangat”
Humaira mengakhiri kata- katanya dengan puisi yang dipetik dari internet serta doa.
“Semoga Allah senantiasa mengikat hati-hati kita, saling mendo'akan dan memberikan semangat”
Humaira mengakhiri kata- katanya dengan puisi yang dipetik dari internet serta doa.
Anak- anak kecil sedang bermain pelepah kelapa.
Seronok melihatnya. Tidak semena pandangan Humaira, Balqis dan Humaira beralih
pada mereka.
"Nanti kita melawat pusara arwah boleh tak" Balqis bersuara. Matanya masih memerhati anak- anak yang sedang bahagia dan tidak mengetahui erti kehidupan yang bakal dihadapi mereka.
"Sudah pasti. In shaa Allah" Balas Humaira.
"Nanti kita melawat pusara arwah boleh tak" Balqis bersuara. Matanya masih memerhati anak- anak yang sedang bahagia dan tidak mengetahui erti kehidupan yang bakal dihadapi mereka.
"Sudah pasti. In shaa Allah" Balas Humaira.
Baginya, biar lah terpisah jauh sekalipun, namun
ikatan sentiasa terikat kemas di hati. Hanya doa yang mampu menjadi penghubung
buat insan- insan yang bersahabat kerana agama.
Salam ukhuwah buatmu juga, arwah Nur Intan
Nasuha. Moga sentiasa tenang di sana.
*******
-
TAMAT -