“Kata Khalifah Ma’mun, kawan- kawan itu
terbahagi kepada tiga golongan.
1.
Satu golongan seperti
makanan yang sentiasa diperlukan
2.
Satu golongan seperti
ubat, diperlukan pada waktu- waktu tertentu
3.
Satu golongan seperti
racun, yang tidak diperlukan selama- lamanya”
Humaira membaca nota yang ditampalnya di dashboard. Dia tertarik dengan kata
hikmah yang dipetik dari kitab Qut Al- Albab karangan Al- Habib Abdullah bin
Husin bin Abdullah Balfaqih.
Seingatnya,
dia menampal nota itu dua minggu yang lepas sejak pertama kali mengikuti smart
circle. Kalimat indah itu diungkapkan oleh mentornya sendiri, sehingga dia
mengambil peluang untuk mencatatnya dan tampal di bilik supaya dapat dibaca
setiap hari.
Balqis segera menyambung tulisannya yang
berbaki satu perenggan lagi di atas sekeping kertas. Dia ingin memberinya pada
seseorang. Sesekali dia mengunyah kerepek pisang sambil memikirkan ayat untuk
ditulis.
“Surat cinta ke?”
Balqis menerjah dari belakang secara tiba.
Entah dari mana dia datang, Humaira tidak tahu.
“Bukanlah, ni surat untuk Madam Sofia. Aku
tak dapat hadir kuliah dia minggu depan, sebab kena balik kampung”
“Eh asal tak taip je kt laptop, pastu
print. Kan senang”
“Menulis dengan tangan lebih cepat dan
jimat”
Humaira fokus pada karangan yang ditulis
berbanding melayan rakannya yang terpinga- pinga. Malas hendak melayannya.
‘Ok siap’
Dia melipat kertas itu dan simpan di dalam
laci meja. Perasaan rindunya pada kampung semakin menebal. Humaira teringat
akan umminya. Hendak tunggu cuti sem, lambat lagi. Lagipun Humaira ada hal yang
perlu diselesaikan segera di sana. Lesen memadun L miliknya hampir tamat
tempoh. Jadi dia ingin mengambil ujian secepat yang mungkin pada minggu
hadapan.
*******
Suasana hujung minggu di kampus pada
sebelah pagi kebiasaannya lengang. Kemungkinan pelajar di situ masih lagi
menghabiskan sisa tidur mereka. Ada juga sebahagian pelajar yang keluar ke
bandar memandangkan hanya hujung minggu sahaja masa yang mereka ada dek kerana
kesibukan belajar.
Humaira terpandang beberapa siswa yang
sedang jogging di sekitar kampus. Dia
berasa kagum dengan mereka yang menghabiskan waktu dengan beriadah. Islam
sememangnya menggalakkan umatnya untuk menjaga kesihatan. Antara cara untuk
menjaga tubuh badan kita adalah dengan bersukan, seperti mana yang dilihatnya
sekarang. Bersyukur kerana masih berada dalam suasana yang mengamalkan budaya
sihat. Mahasiswa di situ gemar bersukan pada waktu lapang. Kebetulan hari itu
Humaira juga ada riadah bersama rakan- rakannya di tempat memanah.
Dia melihat sahabat sebelahnya yang dari
tadi menilik telefon bimbit. Sesekali Balqis tersenyum menatap skrin telefon.
Apa yang membuatkan Balqis gembira? Humaira tidak mahu memikirkannya kerana
rakan- rakan yang lain sudah menunggu di sana. Dia harus segera mempercepatkan
langkah.
“Assalamualaikum, kak Intan. Sudah lama
menunggu?”
Humaira dan Balqis menyapa salah seorang
siswi yang sedang berdiri di tempat memanah. Kak Intan benar benar mencuri
perhatian Humaira sejak pertama kali bertemu. Dia tidak lah secantik model,
namun senyuman dan wajahnya sangat menyejukkan pandangan. Tudung labuh koshibo
yang disarungnya juga membuatkan Kak Intan kelihatan seorang yang ayu. Mereka
terus bersalaman.
“Waalaikumussalam. Tak lah mai, qis.. baru
je lagi. Duduk lah dulu. Ada lagi yang tak sampai”
Kak Intan menjawab dengan tenang. Senyuman
di wajahnya tidak pernah pudar.
Satu bulatan kecil telah dibentuk di
sebelahnya. Humaira dan Balqis segera mengambil tempat dan bertegur sapa dengan
rakan- rakan yang lain. Setelah semuanya hadir dan bertaaruf, Kak Intan terus
memberikan pengisian sebelum memulakan aktiviti archery.
“Cinta itu indah, kerana ianya fitrah dalam Islam. Sudah menjadi
sunnatullah untuk setiap insan memiliki rasa cinta. Tapi ingat, cinta kepada
Allah haruslah mendahului segala- galanya. Selepas itu baru lah cinta kepada
nabi, kepada ibu bapa, sahabat- sahabat dan lain- lain. Mungkin ada sebahagian
yang salah meletakkan cinta pada yang sepatutnya. Pada ajnabi, adik adik rasa
patut kah kita mencintai seseorang yang belum lagi menjadi mahram kita?”
Kak Intan mengajukan pertanyaan bukan
kerana dia tidak mengetahui, tetapi untuk mengasah minda semua yang hadir.
Mereka hanya sekadar senyap dan mendengar dengan teliti. Kak Intan menyambung
kata- katanya.
“Wanita itu mahal. Hati juga mahal. Tidak seharusnya kita memberi pada
sang lelaki dengan sesuka hati. Hatta cinta Islamik sekalipun, namun benarkah
caranya? Jika benar cinta, biarlah ianya menjurus kepada yang diredhai Allah
yakni perkahwinan. Akak harap semua faham. Mungkin penjelasan ni tak berapa
lengkap, tapi akak tahu. Semua di sini pandai menjaga diri.
Jadi lah seperti Saidatina Fatimah yang sentiasa memelihara maruah diri
hingga Allah menakdirkannya untuk bersama dengan orang yang dia cintai secara
diam, Saidina Ali. Romantik bukan?”
Semua berasa teruja mendengar kisah unggul
anak Rasulullah SAW itu. Topik pada kali ini agak lain daripada yang lain.
Kebiasaannya Kak Intan akan bercakap soal ukhuwah, akademik dan sirah perjuangan. Namun
tajuk cinta pula yang disampaikannya. Apa jua topik sekalipun Humaira tidak
akan terlepas dari mencatatnya. Sungguh bagi Humaira, nasihat itu umpama air.
Dia sangat memerlukan kata- kata nasihat supaya dirinya tidak tersilap langkah
dan tersasar jauh dari jalan kebaikan.
15 minit sudah berlalu. Kini tiba untuk
mereka memulakan aktiviti utama mereka. Humaira berasa agak kekok kerana itu
lah pertama kali baginya memegang pemanah. Tidak bagi Balqis, dia sudah mahir
sejak di sekolah menengah lagi. Bahkan pernah mewakili daerah untuk bertanding
di peringkat negeri. Humaira kagum dengan kepakarannya memanah tepat pada
sasaran.
Walau bagaimanapun, Humaira terasa begitu
manisnya hari itu. Bukan kerana cuaca yang redup, atau air teh yang diminum
pagi tadi. Tetapi kerana bulatan kecil itu, membuatkan dia berasa tenang
walaupun hakikatnya banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Apa salahnya
untuk melepaskan tekanan pada hujung minggu. Itu lah yang difikirkan Humaira.
Sungguh, manisnya ukhuwah!
*******
Senja mula menyinsing. Humaira segera
pulang ke rumahnya yang terletak di tingkat 2 blok Fatimah Az- Zahrah. Pada
waktu sebegini masih ada lagi yang bermain bola sepak di padang, sedangkan
maghrib tidak lama lagi akan masuk. Humaira hanya sekadar menggeleng. Dia tidak
mampu untuk menegur, cukuplah membeci akan perbuatan itu dalam hati. Bukan
membeci pelakunya, kerana kemungkinan suatu hari nanti mereka akan berubah
menjadi pemuda yang soleh dan sentiasa hadir ke masjid menunaikan solat
berjemaah. Pengakhiran manusia, hanya Allah sahaja yang tahu.
Sejurus tiba di dalam bilik, Humaira
meletakkan dua bungkusan makanan di atas meja. Satu untuk dirinya, manakala
satu bungkusan lagi untuk Balqis. Balqis ketika itu tiada di bilik. Mungkin dia
sedang membersihkan diri di bilik air. Fikir Humaira.
Ternyata sangkaan Humaira benar. Balqis
kemudiannya keluar dari bilik air. Bau sabun mandian Lifebuoy menusuk hidung Humaira.
“Wangi tak aku?”
Balqis memulakan agenda dia. Usikan yang
tak berkesudahan.
“Malas layan. Ni aku nak tanya, free tak
malam ni?”
“Hmm kejap aku cek jadual aku haha. Macam
tak free je. Sebab nak jumpa kawan, tapi sekejap je. Dalam pukul 10 gitu aku
balik. Kenapa?”
“Takde lah, saja tanya. Ingat nak ajak tengok
movie baru Syurga yang Tak Dirindukan, esok kan cuti khas. Tapi kalau kau busy
takpelah”
Humaira mengambil tuala untuk mandi, memandangkan
waktu maghrib akan masuk sebentar sahaja lagi. Namun Humaira berasa pelik,
kawan mana pula yang ingin dijumpai Balqis? Oleh sebab hari itu dia berasa
sungguh letih, dia tidak ingin menanyakan soalan lebih pada Balqis. Hanya
sekadar mengangguk. Otaknya juga penat setelah menghadapi dua test dan satu quiz dalam satu hari.
“Dah tak payah nak buat ayat sedih. Aku
teman nanti ok, pergi mandi dulu. Tak baik kita lewatkan waktu solat”
Humaira seakan- akan mengenali ayat itu.
Balqis mengenakannya kembali. Ada sahaja Balqis ini. Humaira mencubit lengan
Balqis lalu menuju ke bilik air. Dia ingin segera membersihkan badan setelah
seharian berpenat.
*******
“Mai.. mari turun makan”
Ummi memanggil Humaira dari dapur. Dia
ketika itu sedang bermain dengan anak saudaranya di tingkat atas. Geram sungguh
Humaira dengan si Arisya ni. Sudah lah putih melepak, lebat pula bulu matanya.
Bapa Arisya mempunyai kacukan arab, maka tidak hairanlah anaknya turut
memiliki rupa paras yang cantik.
“Baik ummi. Mai panggil kaklong sekali”
Humaira berasa tenang meluangkan masa
bersama keluarga walaupun hanya empat hari di situ. Dia pulang ke kampungnya
pada hari Sabtu dan akan kembali ke kampus pada hari Selasa. Ujian memandunya
juga sudah selesai. Alhamdulillah, Humaira lulus. Walaupun dia pernah gagal
dalam ujian memandu sebelum ini, tetapi dia tidak berputus asa dan berjaya
melepasi semua ujian dengan mudah pada kali yang kedua. Berkat usaha dan doa ummi
dan walid. Humaira bersyukur. Kakak sulungnya turut ada di rumah ummi kerana
sedang berpantang anak yang kedua.
“Walid mana, ummi?”
Tanya Humaira sambil menuangkan air bandung
kegemarannya di dalam gelas.
“Walid ada jemputan ceramah di Masjid
Bandar Baru Bangi. Dia ke sana dengan kawannya”
“Ala tak sempatlah nak jumpa walid. Malam
ni mai nak balik dah”
“Walid balik petang ni. In shaa Allah
sempat jumpa”
Rutin kebiasaan walid. Bukan sahaja seorang
ustaz, tetapi sering dijemput memberikan ceramah di kawasannya walaupun usia
sudah melepasi separuh abad. Walid tetap bertenaga menyebarkan ilmu dalam
masyarakat. Tiba- tiba Humaira teringat akan abangnya yang berada di Mesir.
“Abang bagaimana pulak ya?”
“Baru semalam dia call ummi. Alhamdulillah
dia baik baik sahaja. Katanya raya nanti dia akan balik”
Humaira hanya sekadar mengangguk. Berkali-
kali dia menambah nasi dan lauk di hadapannya. Dia sibuk menjamah makanan di
depan matanya. Bukan selalu dia merasai masakan ummi sejak sambung belajar di
universiti. Masakan ummi tidak pernah mematahkan seleranya. Benar lah kata
orang, masakan terbaik adalah daripada air tangan ibu sendiri. Rindunya betul
betul terubat tatkala berada di kampungnya itu.
Dalam masa yang sama, Humaira juga teringat
akan sahabat- sahabatnya di kampus. Dia rindu akan bulatan yang sentiasa
menenangkan jiwanya. Pernah dia mendengar kata- kata dari seorang yang alim,
bahawa rahmat Allah akan turun apabila kita bersama- sama dengan orang yang
soleh iaitu orang yang dekat dengan Allah.
‘Tidak mengapa, esok aku akan berjumpa juga
dengan mereka. Apa khabar Balqis agaknya’
Humaira berkata dalam hati. Dia berharap
agar projek sahabatnya itu berjalan dengan lancar. Humaira hanya mampu
mendoakannya dari jauh.
Lamunannya tersentak apabila satu pukulan menyinggah
di lengannya. Dia memandang punca pukulan itu. Sepertinya Humaira kenal dengan
orang yang berada di belakangnya.
“Kak cik!”
Humaira terkejut dengan kehadiran kakaknya
yang kedua itu. Mungkin baru sahaja tiba di rumah setelah menghabiskan semnya yang
terakhir sebagai pelajar perubatan di USIM. Bercahaya matanya memandang
kakaknya itu. Dia lah penemannya ketika kecil, pendengar yang baik dan banyak
mentarbiahkan dirinya dengan ibadah. Lama sungguh tidak berjumpa. Gembira tidak
terkata.
Humaira menghabiskan sisa sisa waktu di
kampung dengan keluarganya sebelum pulang ke kampus. Sekurang- kurangnya hati
Humaira berasa tenang untuk menghadapi cabaran dalam menghadapi peperiksaan
tidak lama lagi. Jam 8 malam nanti Humaira akan menaiki bas ke kampus.
Moga semuanya dipermudahkan. Aamiin.
*******