Balqis membaca nota subjek Kimia dengan
tekun. Esok Madam Shiha akan buat ujian. Dia membacanya berulang kali, namun
hampa. Satu pun tidak masuk. Fikirannya benar- benar kusut. Humaira tiada, Zaid
pula buat hal. Baru tadi dia berbalas mesej dengan Zaid. Ah, dia ingin
memutuskan hubungan. Tetapi mengapa Zaid tidak memahaminya?
“Maaf, saya rasa lebih baik jika kita fokus pada yang sepatutnya.
Lupakan semua. Assalamualaikum”
Ringkas sahaja pesanan terakhir Balqis. Dia
sudah tekad untuk meninggalkannya. Zaid memujuknya berkali- kali. Sebanyak 11 missed call yang Balqis terima daripada
orang yang sama. Biar pun terpaksa menadah air mata kerana terluka, dia tetap
bertegas dengan keputusannya.
Balqis ingin kembali seperti dulu. Dia
sedar akan kesilapannya. Lalu Balqis pantas mengambil wudhuk dan menunaikan
solat sunat. Dia tidak mahu keserabutan melanda jiwanya. Dia benar- benar
mahukan ketenangan. Ketenangan yang hanya dapat dicapai ketika bersama Tuhan.
Malam itu dia banyak menghabiskan masa di atas tikar sejadah. Segala luahan
dicurahkan pada Rabb. Hanya Allah sahaja memahami keperitan dan kepedihan
hatinya.
Setelah selesai bermunajat dan membaca al-
Quran yang menjadi penemannya, secara tiba dia teringat akan seseorang yang dia
rindui.
‘Humaira, kau masih mahu terima aku sebagai
sahabat?’
*******
“Makcik,
saya nak satu ya. Sambal lebih”
Nasi ayam penyet.
Humaira memesan dengan makcik yang berniaga
di kedai tersebut. Sudah lama dia tidak menjamahnya. Masakan tidak, bukan
selalu Humaira ke pasar rabu. Jika dihitung, sekali sebulan sahaja agaknya.
Humaira memerhati makcik yang cekap
membungkus makanan itu. Diletakkan nasi, ayam dan tauhu goreng. Kemudian sup
dituangkan ke dalam plastik dan diikat dengan kemas. Humaira menelan air liur.
Nampak sedap.
Sewaktu Humaira terpandang wajah makcik
itu, secara spontan dia teringat akan Balqis. Muka makcik itu benar- benar
seperti sahabatnya. Bertudung labuh dan manis senyumannya.
‘Eh boleh pula aku samakan Balqis dengan
makcik ini’ kata Humaira pada dirinya sendiri. Namun apa pun, dia betul betul rindu
kan gadis itu.
“Ni dia nak. Rm5 sekali dengan air”
Humaira ingin mengambil dompet dari dalam
beg untuk membayarnya. Secara tiba keringatnya mengalir. Bukan kerana cuaca panas,
tetapi kerana dia terlalu cuak. Baru Humaira sedar yang dia tidak membawa
dompet dari pagi lagi.
‘Ya Allah! Aku tertinggal dalam laci meja
bilik’
Cuainya Humaira pada hari itu. Dia tidak
tahu di mana hendak disorokkan muka. Hendak cancel
makanannya, terasa seperti tidak beradab. Sudah lah meminta sambal lebih.
Dia menepuk dahinya sendiri. Sedang asyik Humaira mencari- cari duit di dalam
begnya jika ada duit yang dibawa, tiba- tiba seseorang telah membayarkan
untuknya. Orang itu menghulur sekeping duit pada makcik nasi ayam penyet.
Humaira terkejut lalu memandang wajah yang
sanggup membantunya. Dia senyum. Tidak pasti senyum kerana gembira atau
terharu. Baru tadi dia menyebut namanya.
“Balqis!”
Balqis memandang anak matanya dengan
senyuman manis.
“Aku belanja. Kau memang tak berubah. Suka
sangat pedas”
“Ya Allah, qis.. kau dari mana? Kenapa lama
tak balik bilik? Kau tidur bilik siapa? Kau marah aku lagi ke?”
Bertalu- talu soalan yang diberikan
Humaira. Dia memang lama menantikan sahabatnya untuk berbaik semula. Tidak
sanggup untuk berjauhan lagi. Sebelum ini ada dia menghantar mesej dan membuat
panggilan untuk meminta maaf. Namun Balqis tidak melayannya. Ego menguasai
Balqis ketika itu.
Kini Balqis mula berlapang dada. Dia sudah
terima dengan hakikat kesalahan dirinya.
“Humaira aku minta maaf. Aku tahu yang
aku..”
“Sudah, benda dah lepas. Aku dah lama
maafkan. Jom makan dulu. Kita pergi masjid nak nanti? Malam ni ada kuliah dari
ceramah jemputan”
Balqis tersenyum. Entah senyum yang ke
berapa. Humaira memang seorang yang pemaaf. Mudah sahaja dia memaafkan
kesilapannya walaupun disakiti sebelum ini.
Humaira, uhibbuki fillah.
Dalam persahabatan, ego tidak diperlukan.
Buang lah sejauh- jauhnya, agar ikatan ukhuwah tetap akan terjalin
sehingga akhirnya.
*******
Humaira dan Balqis mengambil tempat di
bahagian muslimat. Minggu ini minggu terakhir kuliah. Selepas ini mereka akan
mula menghadapi peperiksaan besar dalam sem tersebut. Memang sengaja mereka
berdua meluangkan waktu di sini. Bukan kerana tiada kerja, tetapi bagi mereka,
masa itu hak Allah.
Ummi pernah berpesan, seseorang pelajar
muslim harus bijak mengagihkan masa untuk akademik dan agama. Kedua- duanya
haruslah seimbang.
Setelah 5 minit menunggu, ceramah pun
bermula.
“Perjuangan bukanlah satu jalan yang mudah. Ianya memerlukan kesabaran
yang tinggi untuk terus istiqmah di jalan Allah.
Kesabaran di atas jalan yang jelas sekalipun panjang dan sukar adalah
lebih mulia dari berada di jalan yang mudah tetapi dipenuhi kesamaran, kepura-
puraan dan kebatilan”
Ustaz Rashid memberikan muqadimmah. Lalu
diteruskan dengan mencurahkan ilmu sehingga habis. Tekun Humaira dan Balqis
mendengarnya. Mereka begitu tertarik dengan tajuk yang disampaikan pada malam
itu.
Dakwah dan perjuangan. Humaira masih belum
memahami sepenuhnya. Meskipun arwah Kak Intan pernah beberapa kali menjelaskan
tentang apa ertinya berjuang.
Arwah Kak Intan, baru Humaira teringat. Dia
masih belum memberitahu Balqis perihal itu. Alangkah sedihnya jika Balqis
mengetahuinya. Dia juga masih merindui arwah. Bukan mudah untuk kita melupakan
seseorang yang kita rapat dengan mudah. Bertabahlah, Balqis.
Allah mengetahui yang terbaik untuk kita. Sepertimana firman Allah SWT:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al- Baqarah: ayat 216)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al- Baqarah: ayat 216)
*******
Humaira buntu memikirkan cara untuk
memberitahu Balqis. Sudah berapa kali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sesekali
dia memuji Tuhan sambil memandang bulan. Angin pada malam itu sungguh
menenangkan dirinya dan Balqis.
“Cantik bukan ciptaan Allah” Humaira
memulakan langkah.
“Iya. Tetiba aku rindu lah pada Kak Intan.
Boleh temankan aku jumpa dia nanti?”
Humaira sebak. Puas dia menyusun kata agar
Balqis dapat menerimanya dengan redha. Humaira mengalih perbualan. Patut ke dia
memberitahunya sekarang?
“Balqis, kalau ada orang yang meminjamkan
kau barang. Kau akan pulang tak?”
Balqis kehairanan. Soalan yang diajukan
Humaira seperti tidak masuk akal.
“Mestilah. Mana boleh pegang lama- lama.
Hak orang lain. Kenapa?"
Humaira diam.
“Rasanya aku takde pinjam barang kau
ataupun Kak Intan” Balqis memecahkan kesunyian. Dia sungguh keliru dengan
Humaira yang suka berteka- teki itu. Humaira tidak memberikan jawapan. Malah
semakin dia bertanya, semakin banyak pula soalan yang dia terima.
“Tapi kau pinjam Kak Intan dari Allah.
Allah yang menghadiahkan insan baik sebegitu buat kita”
“Betul tu. Aku bersyukur sangat- sangat sebab
dapat kenal dengan Kak Intan. Dia terlalu baik”
“Kau redha tak kalau Allah mengambilnya
semula?”
Otak Balqis seolah- olah dapat menangkap
apa yang ingin disampaikan Humaira.
“Jangan cakap…”
“Aku harap kau terima seadanya. Aku juga
sedih waktu mula- mula Yusra bagitahu tentang arwah. Kak Intan dah takde dua
hari yang lepas. Aku minta maaf kerana lewat bagitahu. Maafkan aku Qis. Aku
harap kau sabar”
Humaira menceritakan segalanya. Secara
tidak semena air mata Balqis mengalir. Ya Allah.. dugaan apa lagi. Dua insan
yang disayanginya terpaksa dia lepaskan.
Jika setakat Zaid, dia boleh terima lagi.
Tetapi Kak Intan? Dia benar- benar sayangkannya. Kak Intan lah yang mula
mengajaknya menyertai usrah. Lututnya terasa lemah. Dia berhenti dan duduk di
bangku tepi jalan. Hanya menangis sahaja yang dia mampu lakukan ketika itu.
Tidak sempat untuk dia meminta maaf atas kelakuannya sebelum ini.
‘Tapi kenapa’
Humaira menenangkannya.
“Tiada apa yang terjadi tanpa hikmah. Semuanya bersebab. Cuma kita yang
tidak tahu. Bersangka baik lah pada Allah. Kita doakan arwah tenang di sana.
Al- fatihah”
Malam yang sejuk dan dingin. Diiringi
dengan tangisan. Diakhiri dengan kalimah indah. Allah sahaja menjadi saksi
kesedihan mereka. Humaira memeluk Balqis dengan erat agar cas cas positif
mengalir ke dalam badannya.
*******